Matlamat
Matlamat Kelab Ekonomi Rumah Tangga ialah mendedahkan para pelajar kepada asas dalam penyediaan makanan, jahitan dan pengurusan tempat kediaman serta pembuatan kraf tangan dalam suasana yang menyeronokkan. Usaha ini adalah bagi melahirkan pelajar yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Objektif
- Memberi pendedahan tentang peranan wanita dalam mengukuhkan institusi keluarga, masyarakat seterusnya membangunkan negara dalam bidang sosial, ekonomi dan politik berteraskan kehendak agama.
- Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan sumber keluarga untuk menambahkan pendapatan keluarga.
- Mengenalpasti dan mengguna kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kesejahteraan keluarga.
0 Comments:
Post a Comment