BUKAN sekadar popular, keistimewaan dan kepercayaan masyakat terhadap sesuatu makanan dapat ditonjolkan menerusi masakan. SEJAK zaman berzaman, makanan tradisi telah lama menjadi identiti sesuatu kaum kerana keistimewaannya. Daripada lauk-pauk, kuih-muih hinggalah makanan pembuka selera, ia turut merentasi budaya dan bangsa di negara ini.
Nasi/Beras
Mi
Lauk Pauk
Minuman
Makanan Pembuka Selera
Kuih/Bubur
Am
Sunday, September 6, 2009
Info: Senarai 100 Makanan Warisan Malaysia
Posted by Kelab ERT at 8:55 AM 0 comments
Labels: Info
Siri Kenali: Kenali Rempah Ratus Penyedap Makanan
Keunikan rasa dan baunya membuatkan ia sering digunakan dalam masakan pelbagai bangsa. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan dan kecantikan, serta digunakan sebagai bahan awet semulajadi dan juga bahan kraftangan.
Itulah keistimewaan rempah ratus dan herba. Malah negara kita (Melaka khususnya) pernah menjadi pusat perdagangan rempah di rantau ini suatu ketika dahulu.
Antara fungsi rempah-ratus dan herba dalam masakan ialah menambah perisa dan kelazatan tanpa menambah lebih kalori, lemak, gula, sodium atau garam pada masakan. Aromanya bukan sahaja membuatkan kita tak sabar menikmati keenakannya, malah ia juga membuang bau tidak enak pada masakan seperti bau hamis daging, dan juga hanyir ikan. Rempah ratus dan herba dalam hidangan juga membuatkan masakan nampak lebih menyelerakan dengan warna dan bentuknya yang pelbagai.
English-Cinnamon
English-Cardamom
English-Star Anise
English-Coriander Leaves
English-Cumin
English-Tamarind Peel
English-Nutmeg
English-Cloves
English-Ginger
English-Garlic
English-Red Onion
English-Lemongrass
Posted by Kelab ERT at 8:11 AM 0 comments
Labels: Siri Kenali
Pengenalan kepada Kelab ERT SMK Puteri
Subjek Ekonomi Rumah Tangga merupakan satu subjek elektif Kemahiran Hidup
Tingkatan 1-Tingkatan 3 malah juga merupakan salah satu subjek dalam aliran sastera tingkatan 4 dan 5. Kelab ini ditubuhkan untuk memberikan peluang kepada ahli-ahlinya untuk mengenali dan mempelajari subjek Ekonomi Rumah Tangga dengan seronok tanpa suasana pelajaran formal melalui pertandingan, demonstrasi dan kuiz.
Aktiviti-aktiviti dalam kelab ERT ialah berdasarkan cara-cara penyediaan makanan, cara-cara menyusun atur peranggu meja, hiasan tempat kediaman, kraf tangan, dan jahitan.
Perjumpaan Kelab ERT diadakan di Bilik Masakan dan Bilik Pengurusan Diri.
Posted by Kelab ERT at 7:09 AM 0 comments
Labels: Pengenalan
Saturday, September 5, 2009
Misi Kelab ERT SMK Puteri
Posted by Kelab ERT at 10:36 PM 0 comments
Labels: Misi
Visi Kelab ERT
Posted by Kelab ERT at 10:29 PM 0 comments
Labels: Visi
Ringkasan Laporan Aktiviti Kelab ERT Sepanjang 2009
Minggu | Tarikh | Aktiviti |
Ke-8 | 25.2.09 | Perbincangan aktiviti bagi tahun 2009 dan kuiz ERT. |
Ke-11 | 25.3.09 | Kutipan yuran dan pengumpulan maklumat ahli. |
Ke-13 | 08.4.09 | Aktiviti membuat sandwich. |
Ke-15 | 22.4.09 | Demonstrasi menghias cupcake. |
Ke-17 | 06.5.09 | Aktiviti melipat napkin. |
Ke-21 | 17.6.09 | Aktiviti membuat origami. |
Ke-22 | 24.6.09 | Aktiviti membuat minuman petang dan menyusun atur peranggu meja. |
Ke-24 | 08.7.09 | Aktiviti membuat bunga ros menggunakan duct tape. |
Ke-26 | 22.7.09 | Kuiz ERT. |
Ke-29 | 12.8.09 | Mesyuarat Agung. |
Posted by Kelab ERT at 3:12 PM 0 comments
Labels: Laporan Aktiviti
Carta Organisasi Kelab ERT sesi 2010
Guru-guru Penasihat Kelab
Puan Halimahtun bt. Abd. Rahman
Puan Hamidah bt. Pardi
Encik Adzman b. Md. Jani
Pengerusi
Farah Hani bt. Fauzudin
Naib Pengerusi
Phoon Emin
Setiausaha
Nurul Hanan bt. Norahim
Naib Setiausaha
Zaidathul Azreen bt. Zainuddin
Bendahari
Firzanna Durra Arizzaa bt. Kamarrudin
Naib Bendahari
Samirah bt. Ismail
AJK Tingkatan 2
Simerjit Kaur a/p Harpajan Singh
AJK Tingkatan 3
Ika Yuliyana bt. Ali
AJK Tingkatan 4
Kaalushaa a/p Bhaskaran
AJK Tingkatan 5
Shaza bt. Zafree
Posted by Kelab ERT at 2:09 PM 0 comments
Labels: Carta Organisasi
Matlamat dan Objektif Kelab ERT
Matlamat
Matlamat Kelab Ekonomi Rumah Tangga ialah mendedahkan para pelajar kepada asas dalam penyediaan makanan, jahitan dan pengurusan tempat kediaman serta pembuatan kraf tangan dalam suasana yang menyeronokkan. Usaha ini adalah bagi melahirkan pelajar yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Objektif
- Memberi pendedahan tentang peranan wanita dalam mengukuhkan institusi keluarga, masyarakat seterusnya membangunkan negara dalam bidang sosial, ekonomi dan politik berteraskan kehendak agama.
- Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan sumber keluarga untuk menambahkan pendapatan keluarga.
- Mengenalpasti dan mengguna kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kesejahteraan keluarga.
Posted by Kelab ERT at 1:42 PM 0 comments