Sunday, September 6, 2009

Pengenalan kepada Kelab ERT SMK Puteri

Subjek Ekonomi Rumah Tangga merupakan satu subjek elektif Kemahiran Hidup
Tingkatan 1-Tingkatan 3 malah juga merupakan salah satu subjek dalam aliran sastera tingkatan 4 dan 5. Kelab ini ditubuhkan untuk memberikan peluang kepada ahli-ahlinya untuk mengenali dan mempelajari subjek Ekonomi Rumah Tangga dengan seronok tanpa suasana pelajaran formal melalui pertandingan, demonstrasi dan kuiz.

Aktiviti-aktiviti dalam kelab ERT ialah berdasarkan cara-cara penyediaan makanan, cara-cara menyusun atur peranggu meja, hiasan tempat kediaman, kraf tangan, dan jahitan.

Perjumpaan Kelab ERT diadakan di Bilik Masakan dan Bilik Pengurusan Diri.

0 Comments:

Post a Comment