Sunday, September 6, 2009

Siri Kenali: Kenali Rempah Ratus Penyedap Makanan

Keunikan rasa dan baunya membuatkan ia sering digunakan dalam masakan pelbagai bangsa. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan dan kecantikan, serta digunakan sebagai bahan awet semulajadi dan juga bahan kraftangan.

Itulah keistimewaan rempah ratus dan herba. Malah negara kita (Melaka khususnya) pernah menjadi pusat perdagangan rempah di rantau ini suatu ketika dahulu.

Antara fungsi rempah-ratus dan herba dalam masakan ialah menambah perisa dan kelazatan tanpa menambah lebih kalori, lemak, gula, sodium atau garam pada masakan. Aromanya bukan sahaja membuatkan kita tak sabar menikmati keenakannya, malah ia juga membuang bau tidak enak pada masakan seperti bau hamis daging, dan juga hanyir ikan. Rempah ratus dan herba dalam hidangan juga membuatkan masakan nampak lebih menyelerakan dengan warna dan bentuknya yang pelbagai.

kayu manis
Kayu Manis
English-Cinnamon
buah pelaga
Buah Pelaga
English-Cardamom
bunga lawang
Bunga Lawang
English-Star Anise
daun ketumbar
Daun Ketumbar
English-Coriander Leaves
jintan putih
Jintan Putih
English-Cumin
asam gelugor keping
Asam Gelugor
English-Tamarind Peel
buah pala
Buah Pala
English-Nutmeg
bunga cengkih
Bunga Cengkih
English-Cloves
halia
Halia
English-Ginger
bawang putih
Bawang Putih
English-Garlic
bawang merah
Bawang Merah
English-Red Onion
serai
Serai
English-Lemongrass

0 Comments:

Post a Comment