Sunday, September 6, 2009

Info: Senarai 100 Makanan Warisan Malaysia

BUKAN sekadar popular, keistimewaan dan kepercayaan masyakat terhadap sesuatu makanan dapat ditonjolkan menerusi masakan. SEJAK zaman berzaman, makanan tradisi telah lama menjadi identiti sesuatu kaum kerana keistimewaannya. Daripada lauk-pauk, kuih-muih hinggalah makanan pembuka selera, ia turut merentasi budaya dan bangsa di negara ini.


Nasi/Beras

  • Nasi Lemak
  • Nasi Ayam
  • Nasi Kunyit(pulut kunyit)
  • Nasi Tumpang
  • Nasi Kerabu
  • Nasi Dagang
  • Nasi Himpit
  • Nasi Goreng
  • Nasi Ulam
  • Ketupat
  • Lemang
  • Pulut Kukus dalam Periuk Kera
  • Pulut Panggang
Mi
  • Mi Mamak
  • Laksa Asam
  • Char Kuey Teow Pulai Pinang
  • Laksa Johor
Lauk Pauk
  • Rendang
  • Serunding
  • Ayam Percik
  • Manok Pansoh
  • Masak Asam Pedas
  • Gulai Tempoyak Ikan Patin
  • Ikan Bakar
  • Masak Ikan Tanah Liat
  • Gulai Lemak Umbut
  • Gulai Lemak Lada Padi
  • Gulai Asam Rom
  • Kari Kepala Ikan
  • Kurma Daging
  • Pajeri
  • Masak Ikan dan Pisang dalam Buluh
  • La-Tiang
  • Daging Dendeng
  • Ayam Panggang
  • Botok-botok Ikan
Minuman
  • Teh Tarik
  • Cendol
  • Air Batu Campur (ABC)
  • Air Kelapa
  • Air Selasih
Makanan Pembuka Selera
  • Hinava/umai
  • Pekasam
  • Tempoyak
  • Otak-otak
  • Sambal Belacan
  • Cencaluk
  • Budu
  • Sambal Gesek Ikan Bilis
  • Sate
  • Yee Sang
  • Sata
  • Telur Pindang
  • Kerabu Mangga Muda
  • Acar Buah
Kuih/Bubur
  • Kuih Keria
  • Kuih Koci
  • Akok
  • Kuih Seri Muka
  • Kuih Cara
  • Kuih Bingka
  • Kuih Bakul
  • Kuih Bulan
  • Kuih Cincin
  • Kuih Bakar
  • Kuih Sepit
  • Apam Balik
  • Pisang Goreng
  • Keropok
  • Epok-epok
  • Karipap
  • Buah Melaka/Ondeh-ondeh
  • Lempeng
  • Bahulu
  • Dodol
  • Lempuk Durian
  • Wajik
  • Seri Kaya
  • Halwa
  • Agar-agar Sakar
  • Halwa Sukun
  • Tapai
  • Masalodeh
  • Putu Mayam
  • Muruku
  • Roti Jala
  • Roti Canai
  • Tosai
  • Penderam
  • Kuih Lopis
  • Wajik Sirat
  • Wajik Ubi Kayu
  • Puding
  • Laddu
  • Bubur Pedas Sarawak
  • Bubur Assyura
  • Bubur Sum-sum
  • Bubur Kacang Hijau
Am
  • Ubi Kayu
  • Sagu

Siri Kenali: Kenali Rempah Ratus Penyedap Makanan

Keunikan rasa dan baunya membuatkan ia sering digunakan dalam masakan pelbagai bangsa. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan dan kecantikan, serta digunakan sebagai bahan awet semulajadi dan juga bahan kraftangan.

Itulah keistimewaan rempah ratus dan herba. Malah negara kita (Melaka khususnya) pernah menjadi pusat perdagangan rempah di rantau ini suatu ketika dahulu.

Antara fungsi rempah-ratus dan herba dalam masakan ialah menambah perisa dan kelazatan tanpa menambah lebih kalori, lemak, gula, sodium atau garam pada masakan. Aromanya bukan sahaja membuatkan kita tak sabar menikmati keenakannya, malah ia juga membuang bau tidak enak pada masakan seperti bau hamis daging, dan juga hanyir ikan. Rempah ratus dan herba dalam hidangan juga membuatkan masakan nampak lebih menyelerakan dengan warna dan bentuknya yang pelbagai.

kayu manis
Kayu Manis
English-Cinnamon
buah pelaga
Buah Pelaga
English-Cardamom
bunga lawang
Bunga Lawang
English-Star Anise
daun ketumbar
Daun Ketumbar
English-Coriander Leaves
jintan putih
Jintan Putih
English-Cumin
asam gelugor keping
Asam Gelugor
English-Tamarind Peel
buah pala
Buah Pala
English-Nutmeg
bunga cengkih
Bunga Cengkih
English-Cloves
halia
Halia
English-Ginger
bawang putih
Bawang Putih
English-Garlic
bawang merah
Bawang Merah
English-Red Onion
serai
Serai
English-Lemongrass

Pengenalan kepada Kelab ERT SMK Puteri

Subjek Ekonomi Rumah Tangga merupakan satu subjek elektif Kemahiran Hidup
Tingkatan 1-Tingkatan 3 malah juga merupakan salah satu subjek dalam aliran sastera tingkatan 4 dan 5. Kelab ini ditubuhkan untuk memberikan peluang kepada ahli-ahlinya untuk mengenali dan mempelajari subjek Ekonomi Rumah Tangga dengan seronok tanpa suasana pelajaran formal melalui pertandingan, demonstrasi dan kuiz.

Aktiviti-aktiviti dalam kelab ERT ialah berdasarkan cara-cara penyediaan makanan, cara-cara menyusun atur peranggu meja, hiasan tempat kediaman, kraf tangan, dan jahitan.

Perjumpaan Kelab ERT diadakan di Bilik Masakan dan Bilik Pengurusan Diri.

Saturday, September 5, 2009

Misi Kelab ERT SMK Puteri

Melahirkan insan berkemahiran, berpengetahuan dan bermatlamat melalui pengajaran dan kegiatan menarik serta berkualiti sejajar dengan usaha pelaksanaan visi dan misi sekolah.

Visi Kelab ERT

Menjadikan Kelab Ekonomi Rumah Tangga SMK Puteri sebuah organisasi yang berkualiti, dinamik dan berinovatif.

Ringkasan Laporan Aktiviti Kelab ERT Sepanjang 2009


Minggu Tarikh Aktiviti
Ke-8 25.2.09 Perbincangan aktiviti bagi tahun 2009 dan kuiz ERT.
Ke-11 25.3.09 Kutipan yuran dan pengumpulan maklumat ahli.
Ke-13 08.4.09 Aktiviti membuat sandwich.
Ke-15 22.4.09 Demonstrasi menghias cupcake.
Ke-17 06.5.09 Aktiviti melipat napkin.
Ke-21 17.6.09 Aktiviti membuat origami.
Ke-22 24.6.09 Aktiviti membuat minuman petang dan menyusun atur peranggu meja.
Ke-24 08.7.09 Aktiviti membuat bunga ros
menggunakan duct tape.
Ke-26 22.7.09 Kuiz ERT.
Ke-29 12.8.09 Mesyuarat Agung.

Logo dan Moto Kelab ERT SMK Puteri

logo

Carta Organisasi Kelab ERT sesi 2010

Guru-guru Penasihat Kelab
Puan Halimahtun bt. Abd. Rahman
Puan Hamidah bt. Pardi
Encik Adzman b. Md. Jani


Pengerusi
Farah Hani bt. Fauzudin

Naib Pengerusi
Phoon Emin

Setiausaha
Nurul Hanan bt. Norahim

Naib Setiausaha
Zaidathul Azreen bt. Zainuddin

Bendahari
Firzanna Durra Arizzaa bt. Kamarrudin

Naib Bendahari
Samirah bt. Ismail

AJK Tingkatan 2
Simerjit Kaur a/p Harpajan Singh

AJK Tingkatan 3
Ika Yuliyana bt. Ali

AJK Tingkatan 4
Kaalushaa a/p Bhaskaran

AJK Tingkatan 5
Shaza bt. Zafree

Matlamat dan Objektif Kelab ERT

Matlamat

Matlamat Kelab Ekonomi Rumah Tangga ialah mendedahkan para pelajar kepada asas dalam penyediaan makanan, jahitan dan pengurusan tempat kediaman serta pembuatan kraf tangan dalam suasana yang menyeronokkan. Usaha ini adalah bagi melahirkan pelajar yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.


Objektif

  1. Memberi pendedahan tentang peranan wanita dalam mengukuhkan institusi keluarga, masyarakat seterusnya membangunkan negara dalam bidang sosial, ekonomi dan politik berteraskan kehendak agama.
  2. Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan sumber keluarga untuk menambahkan pendapatan keluarga.
  3. Mengenalpasti dan mengguna kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk kesejahteraan keluarga.