Saturday, June 18, 2011

Pertandingan membuat kostum dengan menggunakan surat khabar

15.6.2011
Para pelajar telah dimaklumkan untuk membawa gunting , gam dan cellofin tape oleh pengerusi pada last minute pada hari itu . Manakala surat khabar pula disediakan oleh ajk kelab ini . Para pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan oleh Puan Hamidah mengikut tingkatan . Selepas itu , para pelajar diarahkan untuk bersiap sedia dengan alatan dan bahan-bahan yang dibawa . Surat khabar telah diagihkan kepada setiap kumpulan dan mereka diberi masa selama 40 minit untuk mereka dan membuat kostum yang menarik secara berkumpulan . Selepas itu , model-model yang dipilih dari setiap kumpulan diberi markah untuk menentukan kostum mana yang paling menarik . Kostum princess memenangi tempat pertama , kostum maid japan tempat kedua dan kostum pirate memenangi tempat ketiga .

0 Comments:

Post a Comment