Saturday, June 18, 2011

Aktiviti membuat sandwich dan belajar teknik menjahit

9.3.2011
Para pelajar tingkatan satu , dua dan tiga telah dimaklumkan oleh pengerusi untuk membawa bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sandwich pada hari ini . Mereka dibahagikan kepada tiga hingga empat kumpulan . Aktiviti ini dilakukan di bawah bimbingan guru-guru penasihat kelab ERT iaitu Puan Halimahton dan Puan Hamidah . Para pelajar juga diuji berdasarkan kreativiti mereka dan kemampuan mereka dalam menghasilkan sandwich yang menarik dan enak untuk dimakan .
Manakala bagi para pelajar tingkatan empat dan lima , mereka pula diarahkan untuk pergi ke bilik jahitan untuk mempelajari teknik-teknik jahitan yang diajarkan oleh Puan Sharifah Hanin . Mereka diajar bagaimana cara untuk menjahit pakaian dengan menggunakan jahitan kia dan jahitan jelujur .

0 Comments:

Post a Comment