15.6.2011
Para pelajar telah dimaklumkan untuk membawa gunting , gam dan cellofin tape oleh pengerusi pada last minute pada hari itu . Manakala surat khabar pula disediakan oleh ajk kelab ini . Para pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan oleh Puan Hamidah mengikut tingkatan . Selepas itu , para pelajar diarahkan untuk bersiap sedia dengan alatan dan bahan-bahan yang dibawa . Surat khabar telah diagihkan kepada setiap kumpulan dan mereka diberi masa selama 40 minit untuk mereka dan membuat kostum yang menarik secara berkumpulan . Selepas itu , model-model yang dipilih dari setiap kumpulan diberi markah untuk menentukan kostum mana yang paling menarik . Kostum princess memenangi tempat pertama , kostum maid japan tempat kedua dan kostum pirate memenangi tempat ketiga .
Saturday, June 18, 2011
Pertandingan membuat kostum dengan menggunakan surat khabar
Posted by Kelab ERT at 5:57 PM 0 comments
Aktiviti membuat koktel
30.3.2011
Semua ahli-ahli kelab ERT telah melakukan aktiviti membuat koktel . Bahan-bahan yang disediakan juga adalah susu , timun , dan cawan-cawan plastik yang disponsorkan oleh ajk-ajk kelab ERT . Para pelajar dibahagikan kepada enam kumpulan , dan setiap kumpulan terdiri daripada 5 orang . Setiap pelajar diberi satu cawan plastik , dan setiap kumpulan akan diberi 1 kotak sederhana susu dutch lady dan satu biji timun untuk mereka membuat aktiviti ini . Para pelajar diberi masa selama 30 minit untuk menyiapkan koktel masing-masing dengan hasilan yang menarik dan kreatif .
Posted by Kelab ERT at 5:37 PM 0 comments
Kemaskini Carta Organisasi Kelab ERT 2011
GURU-GURU PENASIHAT
Puan Halimahtun bt . Abd. Rahman
Puan Hamidah bt. Pardi
Puan Sharifah Hanin
PENGERUSI
Noorain Nabilah bt. Mohamad Noor (5Delta)
NAIB PENGERUSI
Kavilashini A/P Vijasyyan (5Zeta)
SETIAUSAHA
Nurasyikin bt. Abdull Khalid (5Theta)
NAIB SETIAUSAHA
Nur Heidi bt. Khairi (5Sigma)
BENDAHARI
Tharisini A/P Parasmeswaran (5Sigma)
NAIB BENDAHARI
Nurul Fatiah bt. Shabudin (5Zeta)
AHLI-AHLI JAWATANKUASA :
Tingkatan satu : Ameera Fatin Farhana bt. Mohd. Nasir (1Zeta)
Tingkatan dua : Nurin Jazlina bt. Mohd. Rosdi (2Beta)
Tingkatan tiga : Rebecca Roobabathy (3Delta)
Tingkatan empat: Ika Yuliana (4Gamma)
Tingkatan lima : Marsha Keerthana A/P Micheal (5Zeta)
Posted by Kelab ERT at 5:18 PM 0 comments
Aktiviti membuat sandwich dan belajar teknik menjahit
9.3.2011
Para pelajar tingkatan satu , dua dan tiga telah dimaklumkan oleh pengerusi untuk membawa bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sandwich pada hari ini . Mereka dibahagikan kepada tiga hingga empat kumpulan . Aktiviti ini dilakukan di bawah bimbingan guru-guru penasihat kelab ERT iaitu Puan Halimahton dan Puan Hamidah . Para pelajar juga diuji berdasarkan kreativiti mereka dan kemampuan mereka dalam menghasilkan sandwich yang menarik dan enak untuk dimakan .
Manakala bagi para pelajar tingkatan empat dan lima , mereka pula diarahkan untuk pergi ke bilik jahitan untuk mempelajari teknik-teknik jahitan yang diajarkan oleh Puan Sharifah Hanin . Mereka diajar bagaimana cara untuk menjahit pakaian dengan menggunakan jahitan kia dan jahitan jelujur .
Posted by Kelab ERT at 4:48 PM 0 comments